Isnin, 14 Disember 2015

TEMUJANJI TERLEBIH DAHULU

NO. HP : 0106010969 (WhatsApp)

ALAMAT :
No 379, Jalan Kg Perak Baru
34500 Batu Kurau
Perak
(Bersebelahan Poliklinik Azhar Batu Kurau)

Waktu Rawatan :
SETIAP HARI 3.00 ptg-10.00 mlm.
HARI SABTU & AHAD 10.00 pg - 6.00ptg
Sila buat temujanji sebelum datang.
(SMS NAMA_JENIS RAWATAN_TARIKH_WAKTU KE 0106010969)

KES RESDUNG 1





Merawat perlukan banyak bersabar dan sentiasa berdoa pada Allah agar pesakit sembuh. Pusat rawatan telah didatangi oleh seorang patient yang mempunyai masalah resdung yang teruk. Rawatan yang dijalankan ialah bekam resdung dan akupuntur bagi membuang darah kotor dan melancarkan saraf muka. Alhamdulillah setelah beberapa sesi rawatan , perubahan ketara berlaku pada patient iaitu masaalah resdung dapat diatasi. Rawatan ini juga memerlukan pengambilan herba khas untuk masalah resdung dan pengambilan makanan yang betul.


Hubungi untuk temujanji rawatan

PUSAT TERAPI BEKAM BATU KURAU
0106010969
0164411827 

10 Titik Bekam Sunnah Rasulullah yang perlu kita ketahui

BEKAM dalam Bahasa Arab dikenal dengan hijamah dan dalam Bahasa Inggeris Cupping adalah proses mengeluarkan darah kotor atau angin dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu.


Bekam sunnah adalah kaedah bekam yang diajarkan oleh Rasul SAW yang mana mempunyai bacaan-bacaan tertentu dan juga tempat-tempat serta masa-masa tertentu.


Bekam adalah satu perawatan kesehatan peninggalan Rasulullah SAW yang telah dimodernkan mengikuti kaedah saintifik untuk mengeluarkan sisa–sisa toksid yang berbahaya dari badan kita melalui permukaan kulit.

Ini adalah salah satu cara ‘Detoksifikasi’ (pengeluaran toksid) yang berkesan serta selamat tanpa ada kesan sampingan. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh, karena itu banyak toksid berkumpul di dalam kulit.

Berbekam sangat berkesan untuk melegakan atau menghilangkan kesakitan, memulihkan fungsi tubuh badan serta memberi seribu harapan pada pesakit untuk terus berikhtiar mendapat rawatan.

Bekam ialah istilah Melayu yang berarti “Pelepasan Darah”, dipanggil “Cupping” dalam bahasa Inggris. Dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai “al-Hijamah”.

Tubuh yang sehat dan minda yang cerdas adalah faktor penting dalam hidup dan kehidupan seseorang, demi melaksanakan tanggung jawab kehidupannya. Tapi jika terlalu banyak toksid-toksid dalam badannya, akan menyebabkan ’Stasis Darah’ atau ‘Penakungan Darah’, dimana sistem darah tidak berjalan dengan lancar.

Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesehatan fisik dan mental. Ciri yang muncul jika seseorang banyak toksid dalam badannya, ialah malas, murung, kerap mengeluh kurang sehat, mudah bosan, dan mudah marah. Jika ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, kita akan bertemu dengan seorang pesakit yang terganggu emosinya, sehingga sampai pada tahap perlu berkonsultasi dengan ahli jiwa.


Baginda Rasulullah S.A.W amat menggalakkan umatnya berbekam kerana baginda S.A.W sendiri mengamalkannya. Menurut beberapa hadis ada menceritakan tentang amalan bekam yang dilakukan baginda S.A.W

Diriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah S.A.W maksudnya :

" Baginda  berbekam di kepala ketika baginda melaksanakan ihram kerana merasa pening. Dalam riwayat yang lain kerana sakit yang dirasakan baginda. dalam tulisan yang lain kerana sakit kepala yang dirasakan baginda"   (HR Bukhari, Jilid 1,hadis no 5700, At-Thibb)                                    
                                                                                   

Dari Anas r.a yang berkata maksudnya :

" Rasulullah S.AW pernah berbekam pada Akhda'ain dan bahu baginda" (Sahih Al-Jami' :4927)

Menurut Sahih Ibnu Hibban. At-Thibb : Jilid X111 hal 442, hadis ke 6078, diriwayatkan dar Abu Hurairah bahawa Abu Hind pernah membekam Rasulullah S.A.W pada yafukh. Maka nabi S.A.W bersabda :

 "Wahai segenap kaum Ansar, nikahkanlah Abu Hind dan nikahkan anak kamu dengannya"

Lantas baginda S.A.W bersabda lagi :

"Bila pada pengubatan kamu ada yang terbaik, maka itulah bekam"

Banyak lagi hadis hadis Rasulullah S.A.W yang menceritakan tentang kebaikan berbekam yang boleh ditemui namun apa yang dapat ana tampilkan ini hanyalah sekadar penambahan ilmu buat kita semua. Semuga kita semua mendapat rahmat dan keampunan dari Allah S.W.T... Wassalam.


PUSAT TERAPI BEKAM BATU KURAU
0106010969
0164411827