Selasa, 24 Jun 2014

Bekam Kecantikan

 
Rawatan bekam kecantikan boleh dilakukan sama ada wanita mahupun lelaki. Ia bertujuan mengeluarkan darah kotor semaksimum yang boleh manakala tubuh mampu memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang rawatan. Terdapat banyak faktor menyebabkan kewujudan darah kotor antaranya pengambilan makanan berlebihan, tabiat makanan tidak sihat seperti suka makanan berminyak, alahan kepada kekacang atau makanan laut, tekanan dan resdung.
Sila hubungi kami untuk temujanji dan maklumat lanjut......

Perkhidmatan lain....

Assalamualaikum....di Pusat Terapi Bekam Batu Kurau, kami menyediakan juga rawatan Akupuntur , Refleksologi , mandi sauna , urutan jawi , sauna resdung dan herbalogi.

Khamis, 19 Jun 2014

Sakit Kepala ...BerBEKAMlah.......



Bekam kurang risiko Penyakit Diabetis

Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN
utusankelantan @utusan.com.my


KOTA BHARU 29 Jan. - Hasil kajian yang dijalankan seorang penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati rawatan berbekam mampu mengawal penyakit diabetes serta mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit kardiovaskular.
Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, kajian yang dijalankan sejak dua tahun lalu itu membuktikan paras gula dalam darah boleh menurun apabila rawatan tersebut dijalankan secara konsisten.
Beliau berkata, bukan sahaja paras gula dalam darah tetapi semua parameter fungsi ginjal seperti serum urea, kreatinin dan asid urik yang mendorong kepada penyakit diabetes turut menunjukkan penurunan apabila melakukan bekam.
"Secara tidak langsung, masalah gout juga dapat dikawal kerana kadar asid urik dalam tubuh berkurangan selepas menjalani rawatan.  "Melalui kajian tersebut, didapati berbekam mampu menurunkan risiko sakit jantung dan strok dengan menurunkan antigen Von Willebrand dan meningkatkan fungsi endotelial," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Syarahan Umum Pelantikan Profesor mengenai Bekam dan Amalan Sunnah Mencegah Penyakit Kronik di Dewan Utama, USM di sini hari ini.  Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.  Ab. Aziz berkata, kajian yang ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu menunjukkan kelebihan berbekam hanya dapat dirasakan jika melalui rawatan setiap empat bulan atau 120 hari.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dia kini giat berbincang dengan hospital kerajaan dan swasta bagi mewujudkan perkhidmatan perubatan tradisional kepada pesakit secara pilihan.  Selain manfaat berbekam, perkhidmatan alternatif ini perlu diwujudkan di hospital-hospital sebagai menjamin kebersihan peralatan berbekam yang digunakan.  "Pada masa sama, saya melihat berbekam ini juga dapat mengurangkan pengantungan ubat-ubatan apabila menjalani rawatan tersebut secara konsisten," katanya.
Dalam majlis tersebut, Profesor Dr. Siti Amrah Sulaiman turut menyampaikan syarahan umum mengenai Madu Lebah Penawar Penyakit Sepanjang Zaman.  Menurut beliau, hasil kajian yang dilakukan mendapati madu boleh digunakan untuk merawat penyakit.  "Berdasar kajian terhadap haiwan diabetes, 'madu menolong' menurunkan paras gula dalam darah dan mengembalikan tahap keupayaan anti oksidan dan melambatkan kerosakan organ seperti ginjal.  "Gabungan madu dan ubatan diabetes menunjukkan hasil positif dan dijangka boleh mengurangkan masalah komplikasi penyakit tersebut," katanya


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20140130/wt_01/Bekam-kurang-risiko-diabetes#ixzz2vWeZBunK
© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 17 Jun 2014

Persedian sebelum berbekam

Persediaan sebelum berbekam

Jangan makan berat dua jam sebelum berbekam.  Anda adalah digalakkan untuk berpuasa kerana berbekam dalam keadaan perut kosong akan menguatkan hafalan dan terdapat kesembuhan serta rahmat dari ALLAH.

Hadis tuntutan bekam

"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk kerana kesungguhan perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat AT Thabrani)

"Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit, maka bekam juga boleh mencapainya" (Hadis Sahih)

"Sebaik-baik hamba adalah jurubekam, kerana ia membuang darah kotor, melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan" (Hadis Hasan Gharib)

Sakit Kepala ...berbekam..


Assalamalaikum.....jom berbekam..atasi sakit kepala InsyaAllah lihat keberkesananya.....hubungi juru bekam anda . 0164411827 @ 0106010969 - Irwan

Isnin, 16 Jun 2014

Badan Lesu,,,,,Berbekamlah...


Assalamualaikum wbt...
Jika anda mengalami lesu badan,sebaiknya berbekamlah dibahagian belakang/belikat badan kerana disitulah berkumpulnya angin yang menyebabkan kelesuan.InsyaAllah selepas berbekam badan anda kembali segar dan aktif semula.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Minggu Berbekam sudah tiba...

Assalamualaikum...wbt. semoga anda sihat...
Minggu ini bulan mengambang penuh dimana jika berbekam darah toksid akan keluar dengan maksimum kerana darah bergejolak kuat ketika bulan penuh berbanding waktu lain.Marilah kita sama-sama berbekam bagi mengamalkan sunnah perubatan Rasulullah SAW.Tarikh sunnah untuk bulan ini ialah 17,19 dan 21hb Jamadil Akhir.

 
Rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Barang siapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit" (Sahih Sunan Abu Dawud, karya Imam al-Albani) 

Sila buat temujanji sebelum datang.
Hubungi :NO. HP : 0164411827 / 0106010969 (WhatsApp) Irwan

APA ITU BERBEKAM???

 FAKTA MENGENAI RAWATAN BEKAM

Proses berbekam
Bekam darah dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam.Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam.
  • Proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit.
  • Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. 
  • Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.
Waktu rawatan untuk bekam
  • Waktu paling sesuai dilakukan ketika pertengahan bulan islam kerana ketika ini, darah toksik sedang berhimpun. Bagaimanapun, bekam boleh dilakukan padabila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit. 
  • Mereka yang hendak mendapatkan rawatan bekam dinasihatkan tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum mendapatkan rawatan bekam. Peralatan Berbekam.

HADIS-HADIS BERBEKAM

Sabda Rasulullah SAW...

"Hendaklah kamu semua melakukan pengubatan bekam dibahagian tengkuk,kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit" (Hadis riwayat At Thabrani)

"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara,iaitu minuman madu,sayatan alat bekam dan Kay(pembakaran) dengan api,dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay" (Hadis sahih)

"Sesungguhnya pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam"(Hadis sahih)

"Aku tidak berjalan dihadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisra'kan,kecuali mereka berkata,"Wahai Muhammad,perintahkanlah umat kamu agar berbekam!!"(Shajihu Al-Jami' 5671)

"Jika ada ubat yang boleh mencapai penyakit,maka bekam juga boleh mencapainya" (Hadis sahih)

"Sebaik-baik hamba adalah jurubekam,kerana ia membuang darah kotor,melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan...." (Hadis Hasan Gharib)

"Bila apa yang kamu gunakan sebagai pengubatan ada yang boleh mengenai penyakit atau memburu penyakit,maka itu adalah bekam" (HR Ibnu Jarir)